AGENDA utama penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) antara lain bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu terutama bekas kakitangan awam yang berpecah akibat perbezaan ideologi politik. Kelahiran NGO baru ini memberi petanda jelas betapa pentingnya bekas kakitangan kerajaan bersatu bagi menyokong kerajaan dalam senario politik tanah air hari ini.
Kita percaya pendirian KUPEKMAS yang mahu menggembleng tenaga mereka membantu UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu menutup mulut sesetengah pihak yang beranggapan ramai pesara kakitangan kerajaan hari ini sangsi terhadap kepemimpinan kerajaan. Penubuhan KUPEKMAS yang mahu berdamping rapat dengan kerajaan sudah tentu memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana matlamat utamanya ialah untuk menyatupadukan pesara kerajaan, di samping membantu mereka dalam soal kebajikan pesara. Sasaran utama KUPEKMAS juga ialah untuk menarik hampir 500,000 pesara kerajaan, termasuk ahli keluarga mereka menjadi ahli bagi menyokong usaha Perdana Menteri melaksanakan dasar transformasi termasuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ia adalah satu cita-cita besar lagi penting yang perlu dicapai barisan kepemimpinannya. Ia bukan satu misi mustahil walaupun mungkin terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan kerenah dalam kalangan pesara kerajaan atau ahli keluarga mereka kerana tidak boleh dinafikan terdapat sebilangan pesara atau ahli keluarga mereka yang termakan dengan janji manis serta tohmahan yang ditaburkan oleh pembangkang.Sememangnya menjadi satu tanggungjawab besar dan mencabar bagi pucuk pimpinan KUPEKMAS untuk meyakinkan pesara kerajaan supaya bersikap rasional terhadap usaha Perdana Menteri melaksanakan pelbagai program transformasi negara. Sebagai NGO terancang, KUPEKMAS dilihat mampu mempengaruhi golongan majoriti senyap dalam kalangan pesara untuk terus menyokong kerajaan bagi menjayakan program dirancang pucuk pimpinan negara walau apa pun yang berlaku dalam gelanggang politik tanah air.
Kita melihat sudah sampai masa pesara kerajaan dan ahli keluarga mereka bersatu di bawah payung KUPEKMAS. Sikap pesara yang terus memberi sokongan terhadap program kerajaan adalah tanda mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka, memberi pelbagai imbuhan dan elaun, di samping tidak melupakan peningkatan amaun bayaran pencen selepas perkhidmatan tamat. Pada masa sama, kita tidak mahu KUPEKMAS menjadi NGO yang syok sendiri seperti hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu sehingga lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu menyokong program dirancang kerajaan demi kepentingan rakyat.
p/s: diharap para pak cik dan mak cik dapat beri pengaruh yang positif terhadap majoriti yang senyap ini.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_KUPEKMASmampupengaruhigolonganmajoritisenyapsokongkerajaan/Article
Wednesday, 22 February 2012
Filem, drama tahyul beri kesan negatif
Jejas pembinaan masyarakat bertamadun: Mufti Perlis
KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Berikutan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pula akan mewujudkan satu garis panduan khusus berhubung tayangan filem berkenaan untuk dimajukan kepada KDN dan KPKK kerana ia dikhuatiri menggugat akidah masyarakat terutama umat Islam di negara ini.
“Garis panduan yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu akan mengambil kira beberapa aspek tertentu, termasuk ketetapan dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung isu penayangan filem di negeri ini, sebelum ini.
“Selain sebagai panduan bagi pemantauan pihak berkuasa, kita harap ia turut dijadikan pedoman golongan penerbit dalam menghasilkan filem berunsur seram pada masa depan.
“Kita bukannya antiseni atau filem, cuma mahu filem atau seni dihasilkan itu membina tamadun yang mampu berfikir secara waras, bukannya menerapkan pemikiran tahyul bertentangan akidah serta kepercayaan Islam,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Difahamkan, kebimbangan terhadap lambakan filem seram dan cerita hantu terbabit sebahagian daripada ketetapan dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang di Hotel Sri Malaysia, di sini, kelmarin.
Selain itu, turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah ketetapan berhubung hukum eksploitasi iklan terhadap wanita, hukum ajaran atau fahaman syiah, hukum ruju' dengan jimak serta hukum lafaz talak dua atau tiga dengan satu lafaz.
Juanda berkata, jika lambakan filem hantu dan seram tidak dikawal, tidak mustahil masyarakat Islam negara ini kelak lebih takutkan hantu berbanding Allah.
Mengulas ketetapan berhubung isu eksploitasi wanita melalui iklan pula, beliau mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan satu garis panduan khusus terhadap perkara itu supaya tidak berlaku.
“Islam meletakkan wanita pada tempat tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi keuntungan pihak tertentu, terutama melalui fenomena pengiklanan kini yang mempamerkan aurat yang terbukti menyalahi syariat Islam,” katanya.
ps: yeah, i memang tak suka filem cmni, buat habis masa je. tak mengembangkan otak pun.

Subscribe to:
Posts (Atom)